5 jingga

 

image0021.jpg

PASUKAN SORAK DENGAN GERAK TARI

5 Jingga mengisarkan mengenai kehidupan 8 remaja yang sedang meniti alam persekolahan, kehidupan peringkat remaja mereka serta hubungan sesama mereka dan yang paling menarik ada kisah pergaduhan kecil yang tidak disangka-sangka.

Nik,mempunyai hati yang cukup murni walaupun adakalanya dia kelihatan seperti agak dingin dan yang paling diminatinya adalah tarian hip-hop. Walaupun terpaksa berpindah randah dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain namun yang membuatkannya bertahan hanyalah tarian hip-hop yang sudah sebati dalam hidupnya. Pastinya dia akan mengalami perubahan setelah terpaksa dipindahkan sekali lagi ke sekolah baru dan ditempatkan di 5 Jingga.

Zaleha atau Zal, merupakan kapten pasukan soraknya yang mana dunianya hanyalah kelas-kelas tarian dan tarian hip-hop. Zaleha yang hampir kehilangan kepercayaan terhadap dirinya sendiri di atas kejadian-kejadian yang tidak diingininya, namun telah bergantung dan mengharapkan sokongan dari rakan-rakannya.

Jed merupakan seorang yang rendah diri dan mempunyai tahap keyakinan yang sangat rendah dan sangat tidak membantunya apabila lemah dari segi akademiknya. Dia yang telah menjadi pemain simpanan di dalam pasukan bola jaring di sekolahnya selama 4 tahun berturut-turut dan ini merupakan tahun akhirnya untuk dia membuktikan yang dia bukan hanya layak sebagai pemain simpanan sahaja. Dalam pada itu, Lianna adalah seorang yang degil dan dia sangat tidak patuh terhadap peraturan-peraturan yang ditetapkan dan mendapatkan kepuasan jika dapat mengingkari peraturan-peraturan tersebut.

Irwan, 19 dan merupakan seorang ahli bomba yang masih dalam latihan praktikalnya. Irwan yang merupakan abang kepada Nik sangat mengasihi adiknya. Dalam diam-diam, dia telah menaruhhati terhadap Zal. Andi merupakan daripada 5 Ungu dan banyak menghabiskan masanya untuk berlatih tarian hip-hop dalam usahanya untuk menggapai impian sebagai seorang penari suatu hari nanti.

Zaidi yang merupakan ketua pengawas di sekolahnya, menaruh perasan terhadap Jed. Namun Jed telah berterus terang terhadapnya yang mereka tidak ada keserasian bersama dan pastinya tiada jodoh bersama, oleh itu dia telah menjalinkan hubungan dengan Melly. Jed yang mula menunjukkan minatnya kembali terhadap Zaidi telah membuatkan perasaannya terhadap Melly mula goyah.

Adakah Nik berupaya untuk menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan barunya? Adakah dia dapat mencari keserasian bersama Zal, ketua pasukan sorak atau mungkin juga dia mendapat musuh di sekolah barunya?

5 Jingga adalah hasil produksi dari Double Vision dan telah ditaja oleh Unza.

Dengan pelbagai watak-watak menarik serta plot hebat, 5 Jingga pastinya drama yang menggamit perasaan peminat-peminat setia 8TV. Jadi jangan lupa tandakan di kalendar anda kerana 5 Jingga akan memulakan siarannya pada hari Selasa, 12 Ogos 2008 pada pukul 9.30 malam hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditonton di saluran alternatif, saluran Astro 708. Jangan ketinggalan !

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s